Terms and Conditions

Terms and Conditions


Terma Penggunaan

Univadis ialah sebahagian daripada Rangkaian Medscape dan dikendalikan oleh Aptus Health International, Inc. Terma Penggunaan ini ("Terma") terpakai kepada penggunaan anda dalam laman web, aplikasi mudah alih dan sumber lain yang disediakan oleh WebMD LLC dan sekutunya, termasuk Aptus Health International, Inc. (disebut secara kolektif sebagai "WebMD," "kami" dan "kita") yang bertujuan digunakan oleh pakar penjagaan kesihatan, yang kami sebut sebagai "Rangkaian Medscape", termasuk maklumat dan perkhidmatan diperibadikan yang memenuhi keperluan dan minat pengguna Rangkaian Medscape seperti berita perubatan, kandungan rujukan, alat klinikal, aplikasi, program tajaan, iklan, komunikasi e-mel, pendidikan perubatan lanjutan, peluang penyelidikan pasaran dan forum perbincangan (secara kolektifnya, "Perkhidmatan"). Anda akan sentiasa dapat melihat versi Terma ini yang paling terkini dengan mengklik pautan Terma Penggunaan di bahagian bawah mana-mana halaman pemilikan Rangkaian Medscape. Ambil perhatian bahawa Terma ini tidak terpakai kepada pemilikan dan perkhidmatan kami yang memaparkan pautan ke terma penggunaan yang berbeza. Sekiranya kami meluaskan Rangkaian Medscape melalui pemerolehan syarikat lain dan/atau pemilikannya, syarikat itu boleh mengendalikan pemilikannya tertakluk pada terma penggunaannya sendiri yang boleh dicapai melalui pautan pada pemilikan tersebut sehingga kami mengintegrasikan amalannya dengan pemilikan kami, dan pada masa itu, pautan ke Terma ini akan dipaparkan di pemilikannya. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan Terma ini, tanpa mengira sama ada anda seorang ahli yang berdaftar di Rangkaian Medscape. Terma ini mentadbir penggunaan anda dalam Perkhidmatan dan mewujudkan perjanjian undang-undang yang mengikat yang boleh kami laksanakan terhadap anda sekiranya berlaku pelanggaran. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan semua Terma Penggunaan ini, jangan gunakan Perkhidmatan!

Pendaftaran Akaun

Anda mesti mendaftarkan akaun dengan Rangkaian Medscape untuk mencapai semua Perkhidmatan. Pendaftaran mengkehendaki anda memberi kami nama anda, alamat e-mel, profesion, kepakaran dan maklumat lain yang dinyatakan dalam borang pendaftaran ("Maklumat Pendaftaran"), dan memilih nama pengguna serta kata laluan yang akan dikaitkan dengan akaun anda. Anda bersetuju bahawa Maklumat Pendaftaran anda adalah benar, tepat, terkini, serta lengkap, dan anda akan mengemas kini Maklumat Pendaftaran anda dengan segera jika perlu supaya maklumat tersebut kekal benar, tepat, terkini dan lengkap. Kami mungkin cuba mengesahkan ketepatan Maklumat Pendaftaran yang telah anda berikan dan mengemas kini jika perlu. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan nama pengguna dan kata laluan akaun Medscape anda dan anda tidak boleh membenarkan orang lain menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda untuk mencapai Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda. Sekiranya anda percaya bahawa keselamatan maklumat akaun anda sudah terjejas, anda harus menukar nama pengguna dan kata laluan anda dengan segera melalui ciri tetapan akaun atau memaklumkan kami dan kami akan membantu anda. Kami tidak akan bertanggungjawab atas capaian atau penggunaan maklumat akaun anda yang tidak dibenarkan.

Penggunaan Perkhidmatan

Perkhidmatan ini bertujuan digunakan oleh pakar perubatan dan pakar penjagaan kesihatan yang lain. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda membuat representasi dan menjamin bahawa anda mempunyai hak, kuasa, dan kemampuan untuk menyetujui dan mematuhi Terma ini dan anda tidak dilarang daripada menggunakan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian daripadanya.

Maklumat dan alat yang kami sediakan melalui Perkhidmatan diberikan untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja. Walaupun kami berharap Perkhidmatan ini berguna bagi anda sebagai pakar penjagaan kesihatan, Perkhidmatan ini tidak bertujuan untuk berfungsi sebagai perkhidmatan atau platform diagnostik, untuk memberikan kepastian berkenaan dengan diagnosis, untuk mengesyorkan produk atau terapi tertentu atau dalam apa cara sekalipun untuk menggantikannya dengan penilaian klinikal daripada pakar penjagaan kesihatan yang berkelayakan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan dengan tujuan mewujudkan apa-apa jenis hubungan pakar perubatan/pesakit, misalnya, untuk mendiagnosis atau merawat pengguna. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menilai maklumat yang diperoleh daripada Perkhidmatan dan terhadap penggunaan atau penyalahgunaan maklumat tersebut berkaitan dengan keputusan rawatan anda atau dalam apa cara sekalipun. Anda bersetuju bahawa anda akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kepatuhan anda terhadap semua undang-undang dan standard amalan profesional yang terpakai kepada anda dan amalan perubatan atau profesion kesihatan berkaitan yang lain.

Walau apa pun yang dinyatakan di dalam ini, anda akan tertakluk pada kewajipan dan tanggungjawab tertentu yang berkaitan dengan bidang kuasa amalan perubatan anda atau profesion kesihatan yang lain. Kami tidak membuat representasi atau jaminan mengenai kepatuhan undang-undang oleh Perkhidmatan atau Kandungan Medscape dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi undang-undang bidang kuasa anda, berhubung dengan penggunaan dan penyalahgunaan anda dalam Perkhidmatan dan Kandungan Medscape. Kami berhak, pada bila-bila masa mengikut budi bicara tunggal kami, untuk mengehadkan ketersediaan dan kebolehcapaian Rangkaian Medscape, Perkhidmatan dan Kandungan Medscape kepada mana-mana orang, kawasan geografi atau bidang kuasa yang kami kehendaki.

Sekiranya anda seorang pengguna yang memilih untuk mencapai maklumat tahap profesional yang disediakan melalui Perkhidmatan, anda tidak harus bergantung pada maklumat tersebut sebagai nasihat perubatan profesional atau menggunakan Perkhidmatan sebagai pengganti bagi apa-apa hubungan dengan pakar perubatan anda atau pakar penjagaan kesihatan berkelayakan yang lain. Bagi masalah perubatan, termasuk keputusan tentang ubat-ubatan dan rawatan yang lain, pengguna harus sentiasa berunding dengan pakar perubatan mereka atau, dalam kes yang serius, mendapatkan bantuan segera daripada pegawai perubatan kecemasan.

Tertakluk pada kepatuhan anda terhadap Terma ini, anda diberikan lesen terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh disublesenkan untuk menggunakan Perkhidmatan dan untuk melihat maklumat dan bahan yang disediakan melalui Perkhidmatan, termasuk Kandungan Pengguna, seperti yang ditakrifkan di bawah, ("Kandungan Medscape") semata-mata untuk kegunaan peribadi dan profesional anda. Anda tidak boleh menggunakan, menyalin, menyesuaikan, mengubah suai, menyediakan karya terbitan berdasarkan, menyebarkan, melesenkan, menjual, memindahkan, memaparkan secara terbuka, melaksanakan secara terbuka, menghantar, menstrim, menyiarkan atau dalam apa cara sekalipun mengeksploitasikan Perkhidmatan, Kandungan Medscape, atau pemilikan Rangkaian Medscape, melainkan sebagaimana yang dibenarkan secara nyata dalam terma ini. Semua hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini akan kami dan pemberi lesen kami masing-masing lindungi, jika berkenaan.

Rangkaian Medscape mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga atau sumber yang bukan merupakan sebahagian daripada Rangkaian Medscape. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman web dan sumber ini termasuk, tanpa batasan, ketersediaannya atau kandungan dan maklumat yang diberikannya. Penyertaan sumber pihak ketiga dalam Rangkaian Medscape, termasuk pautan ke laman web pihak ketiga, tidak menandakan pengendorsan kami terhadap sumber-sumber ini.

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan terlibat dalam mana-mana aktiviti berikut berhubung dengan penggunaan anda dalam Perkhidmatan:

  1. Memalsukan pengepala atau dalam apa cara sekalipun memanipulasi pengecam untuk menyamarkan asal usul kandungan yang dihantar melalui Perkhidmatan;
  2. Menggunakan, memaparkan, menggambarkan atau membingkaikan Laman Medscape atau Aplikasi Medscape, atau mana-mana komponennya, atau tanda dagangan, logo atau maklumat hak milik lain WebMD atau Medscape, tanpa kebenaran bertulis daripada WebMD atau Medscape, jika berkenaan;
  3. Mengalih keluar apa-apa notis hak cipta, tanda dagangan atau hak milik lain yang terkandung dalam Rangkaian Medscape, termasuk apa sahaja yang merupakan milik WebMD atau Medscape dan mana-mana pemberi lesen mereka masing-masing;
  4. Melanggar atau menggunakan mana-mana jenama, logo, tanda dagangan atau tanda hak milik kami yang lain dalam apa-apa nama perniagaan, e-mel, URL atau konteks lain melainkan diluluskan secara bertulis dan nyata oleh WebMD atau Medscape, jika berkenaan;
  5. Cuba memintasi sebarang tindakan perlindungan teknologi yang berkaitan dengan Perkhidmatan;
  6. Cuba mencapai atau mencari mana-mana pemilikan Rangkaian Medscape atau apa-apa kandungan yang terdapat di dalamnya melalui penggunaan sebarang enjin, perisian, alat, ejen, peranti atau mekanisme (termasuk skrip, bot, lelabah, pengikis, perangkak, alat perlombongan data atau seumpamanya) dan bukannya melalui perisian yang biasanya terdapat melalui penyemak imbas web;
  7. Menyiarkan, memuat naik, menghantar atau dalam apa cara sekalipun menyebarkan surat berangkai, skema piramid, iklan atau spam;
  8. Menyamar atau menyalahgambarkan hubungan anda dengan orang atau entiti lain;
  9. Memungut atau dalam apa cara sekalipun mengumpulkan maklumat tentang orang lain, termasuk alamat e-mel;
  10. Mengusik atau mengganggu mana-mana Perkhidmatan atau sistem penghantaran komputer atau teknikal yang berkaitan;
  11. Mengganggu, atau cuba mengganggu, capaian mana-mana pengguna, hos atau rangkaian, termasuk, tanpa batasan, menghantar virus, memuat secara berlebihan, membanjiri, menghantar spam, atau mengebom mel Laman Medscape atau Aplikasi Medscape;
  12. Gagal menghormati privasi pengguna lain. Hal ini termasuk mendedahkan kata laluan, nombor telefon, alamat, ID atau alamat pesanan segera pengguna lain atau maklumat peribadi lain yang boleh dikenal pasti; atau
  13. Menggunakan mana-mana pemilikan Rangkaian Medscape, Perkhidmatan atau apa-apa Kandungan Medscape dengan cara yang tidak dibenarkan oleh Terma ini.

Kami boleh (tetapi tidak wajib untuk) melakukan mana-mana satu atau semua perkara berikut tanpa notis:

  1. Merakam atau menyaring dahulu penyerahan Kandungan Pengguna ke bahagian umum dalam Rangkaian Medscape;
  2. Menyiasat penggunaan anda dalam Perkhidmatan sebagaimana yang kami anggap sesuai untuk mematuhi undang-undang, peraturan, permintaan kerajaan atau proses undang-undang yang berkenaan;
  3. Mengalih keluar Kandungan Pengguna yang kami percaya tidak mematuhi Terma Penggunaan ini;
  4. Menamatkan capaian anda kepada Rangkaian Medscape setelah kami menentukan bahawa anda telah melanggar Terma Penggunaan ini; dan
  5. Mengedit Kandungan Medscape.

Maklumat yang anda Sediakan melalui Perkhidmatan

Sesetengah Perkhidmatan membolehkan pengguna menyerahkan kandungan yang mungkin termasuk, tanpa batasan, teks, imej, foto, gambar, carta, grafik, laporan, data dan bunyi ("Kandungan Pengguna"). Kandungan Pengguna tidak termasuk Maklumat Pendaftaran. Apabila anda menyerahkan Kandungan Pengguna melalui Perkhidmatan, anda secara automatiknya memberi kami lesen yang berkekalan, tidak eksklusif, di seluruh dunia, bebas royalti, dibayar penuh, boleh dipindah milik, boleh disublesenkan (melalui pelbagai peringkat) untuk mengedarkan, menghantar, menyalin, mengehoskan, memapar dan melaksanakan secara terbuka, memetik, mengindeks, membuat tag, mengubah suai, menyesuaikan, menjual, membuat karya terbitan daripada, dan dalam apa cara sekalipun menggunakan dan mengeksploitasi Kandungan Pengguna tersebut dalam apa-apa media, bentuk atau format yang diketahui sekarang atau dibangunkan selepas ini, dalam dan di luar Rangkaian Medscape bagi apa-apa tujuan yang selaras dengan Dasar Privasi Medscape. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua Kandungan Pengguna yang anda serahkan melalui Perkhidmatan. Anda membuat representasi dan menjamin bahawa anda sama ada merupakan pemilik tunggal dan eksklusif semua Kandungan Pengguna atau anda mempunyai semua hak, lesen, persetujuan dan pelepasan yang diperlukan untuk memberi kami hak dalam Kandungan Pengguna sedemikian sebagaimana yang dinyatakan dalam Terma ini.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa Kandungan Pengguna yang anda sediakan melalui Perkhidmatan mematuhi undang-undang terpakai termasuk, tanpa batasan, undang-undang yang berkaitan dengan privasi, dan juga amalan klinikal dan etika yang terbaik. Sebelum menyerahkan apa-apa Kandungan Pengguna kepada Perkhidmatan, anda mesti mengeluarkan apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang atau akan dengan munasabahnya membolehkan pengenalan seseorang, misalnya, nama, alamat e-mel, nombor keselamatan sosial, nombor insurans atau nombor pengenalan unik yang lain, pengecam biometrik, gambar muka, gambar tanda pengenal seperti tatu atau parut. Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas apa-apa tuntutan yang timbul daripada kegagalan anda untuk memastikan Kandungan Pengguna yang anda serahkan melalui Perkhidmatan tidak dapat dikenal pasti.

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk menyediakan Kandungan Pengguna yang:

  1. anda tidak mempunyai hak untuk menyediakannya di bawah apa-apa perjanjian atau undang-undang kontrak atau fidusiari;
  2. mencabuli, menyalahgunakan atau melanggar paten, hak cipta, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak moral atau hak harta intelektual lain pihak ketiga, atau hak publisiti atau privasi;
  3. mengakibatkan pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkenaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Akta Kemudahalihan dan Kebertanggungjawaban Insurans Kesihatan (HIPAA) atau apa-apa undang-undang privasi lain yang berkenaan;
  4. menyalahi undang-undang, berbahaya, cabul, fitnah, mengancam, mengganggu, kasar, bersifat slander, menyinggung perasaan, atau memalukan orang atau entiti lain;
  5. menggalakkan diskriminasi, ketaksuban, perkauman, kebencian, gangguan atau kemudaratan terhadap mana-mana individu atau kumpulan;
  6. menggalakkan aktiviti haram;
  7. merupakan penipuan, palsu, mengelirukan atau menipu;
  8. merupakan iklan atau usaha mendapatkan perniagaan; atau
  9. mengandungi virus atau kod komputer berbahaya lain yang direka untuk mengganggu, memusnahkan atau mengehadkan penggunaan apa-apa perisian atau perkakasan komputer.

Hak Milik

Anda mengakui dan bersetuju bahawa Rangkaian Medscape dan apa-apa perisian yang digunakan berkaitan dengan Rangkaian Medscape ("Perisian") mengandungi maklumat hak milik dan sulit yang dilindungi oleh undang-undang harta intelektual dan undang-undang lain yang berkenaan. Anda selanjutnya mengakui dan bersetuju bahawa Kandungan Medscape dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, paten atau hak dan undang-undang hak milik yang lain. Melainkan sebagaimana yang diizinkan secara nyata oleh undang-undang yang berkenaan atau sebagaimana yang kami benarkan atau dibenarkan oleh pemberi lesen yang berkenaan, anda bersetuju untuk tidak mengubah suai, menyewa, memajak, meminjam, menjual, mengedarkan, menghantar, menyiarkan, melaksanakan secara terbuka, membuat karya terbitan daripada, atau "mengikis" untuk komersial atau apa-apa tujuan lain, Rangkaian Medscape, Kandungan Medscape atau Perisian, secara keseluruhan atau sebahagian. Sebarang penggunaan Rangkaian Medscape atau Perkhidmatan yang tidak dibenarkan secara jelas oleh Terma ini dianggap melanggar Terma ini dan boleh melanggar hak harta intelektual kami dan pihak ketiga.

Anda boleh melihat maklumat yang diberikan melalui Perkhidmatan secara dalam talian, memuat turun setiap artikel ke dalam komputer atau peranti mudah alih anda untuk membaca kemudian atau mencetak salinan artikel untuk anda sendiri. Anda tidak boleh mengalih keluar apa-apa notis hak cipta daripada bahan kami. Anda bersetuju untuk tidak mencapai Perkhidmatan dengan apa-apa cara lain selain melalui antara muka yang kami sediakan untuk digunakan dalam mencapai Perkhidmatan.

Dasar Privasi

Dasar Privasi Univadis memberikan maklumat mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat kami mengenai pengguna Perkhidmatan. Dengan mencapai dan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan syarat-syarat Dasar Privasi serta mengakui dan bersetuju bahawa Dasar Privasi merupakan bahagian yang perlu dalam Terma ini.

Berurusan dengan Pihak Ketiga

Surat-menyurat atau urusan perniagaan anda dengan, atau penyertaan dalam promosi, pengiklan atau pihak ketiga lain yang terdapat dalam atau melalui Perkhidmatan, termasuk permintaan dan penghantaran barang atau perkhidmatan, dan apa-apa terma, syarat, jaminan atau representasi lain yang berkaitan dengan urusan sedemikian, adalah semata-mata antara anda dengan pihak ketiga tersebut. Anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan bagi apa-apa yang berlaku sebagai hasil daripada urusan sedemikian atau sebagai hasil daripada pengenalan pihak ketiga tersebut melalui Perkhidmatan.

Undang-undang yang Mentadbir Perjanjian ini

Kami mengawal komponen Perkhidmatan yang disediakan melalui laman web kami masing-masing dari pejabat kami di negeri New York di Amerika Syarikat. Dengan mencapai Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa statut dan undang-undang negeri New York, tanpa mengambil kira pilihan prinsip undang-undang, akan terpakai kepada semua hal yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan.

Penamatan dan Pengubahsuaian

Anda bersetuju bahawa kami boleh, dalam keadaan tertentu dan tanpa notis awal, menghentikan, buat sementara waktu atau selama-lamanya, Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) atau menyingkirkan akaun anda dan mengeluarkan apa-apa Kandungan Pengguna yang telah anda sediakan melalui Perkhidmatan, dengan atau tanpa notis, untuk mana-mana sebab berikut (yang tidak dimaksudkan untuk menjadi eksklusif): (a) pelanggaran atau pencabulan Terma ini atau perjanjian atau garis panduan lain yang diperbadankan, (b) permintaan daripada penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan yang lain, (c) permintaan daripada anda, (d) penghentian atau pengubahsuaian material kepada Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya), (e) isu atau masalah teknikal atau keselamatan, (f) jangka masa tidak aktif yang panjang, dan/atau (g) penglibatan anda dalam aktiviti penipuan atau haram. Anda bersetuju bahawa semua penamatan yang mempunyai sebab hendaklah dibuat mengikut budi bicara tunggal kami, dan kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga terhadap apa-apa penamatan akaun anda atau capaian kepada Perkhidmatan.

Penafian

RANGKAIAN MEDSCAPE, PEMILIKAN, PERKHIDMATAN, DAN KANDUNGAN MEDSCAPE DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA ADANYA", TANPA APA JUA WARANTI, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT. TANPA MENGEHADKAN PERKARA YANG DISEBUT DI ATAS, KAMI MENAFIKAN SECARA JELAS APA-APA WARANTI, TERSURAT DAN TERSIRAT, TERMASUK WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KENIKMATAN AMAN SENTOSA ATAU BUKAN PELANGGARAN, DAN APA-APA WARANTI YANG TIMBUL DARIPADA URUSAN ATAU PENGGUNAAN PERDAGANGAN. KAMI TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN BAHAWA RANGKAIAN MEDSCAPE, PERKHIDMATAN ATAU KANDUNGAN MEDSCAPE AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU TERSEDIA SECARA TIDAK TERGANGGU, SELAMAT, ATAU TANPA KESILAPAN. KAMI TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN MENGENAI KETEPATAN, KEKINIAN, KESEMPURNAAN ATAU KEBOLEHPERCAYAAN APA-APA KANDUNGAN YANG DIPEROLEH MELALUI PERKHIDMATAN. TIADA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN MELALUI PERKHIDMATAN ATAU YANG KAMI BERIKAN DALAM BENTUK LISAN ATAU BERTULIS AKAN MEWUJUDKAN APA-APA WARANTI YANG TIDAK DIBUAT DI DALAM INI SECARA JELAS DAN PERGANTUNGAN ANDA PADA KANDUNGAN YANG DIPEROLEH ATAU YANG ANDA GUNAKAN MELALUI PERKHIDMATAN ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI SEPENUHNYA. ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMUA KOMUNIKASI DAN INTERAKSI ANDA DENGAN PENGGUNA LAIN RANGKAIAN MEDSCAPE. ANDA MEMAHAMI BAHAWA KAMI TIDAK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYARING MANA-MANA PENGGUNA RANGKAIAN MEDSCAPE DAN KAMI JUGA TIDAK MENGESAHKAN ATAU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KANDUNGAN PENGGUNA. KAMI TIDAK MEMBERIKAN NASIHAT PERUBATAN AND KAMI TIDAK MENGESYORKAN ATAU MENYOKONG APA-APA PRODUK, PENGGUNA PRODUK, TERAPI, UJIAN, PAKAR PERUBATAN, PAKAR PENJAGAAN KESIHATAN ATAU PENDAPAT TERTENTU.

Liabiliti

Dalam apa jua keadaan sekalipun tiada sesiapa daripada kami atau pengarah, pegawai, pekerja, kontraktor, ejen, penaja, pemberi lesen kami masing-masing, atau mana-mana orang atau entiti lain yang terlibat dalam menghasilkan, membangunkan atau menyampaikan Rangkaian Medscape, Perkhidmatan atau Kandungan Medscape akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan (termasuk, tanpa batasan, kerosakan sampingan dan turutan, kecederaan diri/kematian salah, keuntungan yang hilang, atau kerosakan akibat kehilangan data atau gangguan perniagaan) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma ini atau daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk mencapai atau menggunakan Rangkaian Medscape, Perkhidmatan atau Kandungan Medscape, atau daripada sebarang komunikasi atau interaksi dengan orang lain yang anda berkomunikasi atau berinteraksi akibat penggunaan anda dalam Perkhidmatan, sama ada berdasarkan waranti, kontrak, tort, atau apa-apa teori undang-undang yang lain, dan tanpa mengira sama ada kami, pemberi lesen kami, pembekal kami, atau mana-mana pihak ketiga yang disebut dalam Perkhidmatan telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan sedemikian. Kami, pemberi lesen kami, pembekal kami, atau mana-mana pihak ketiga yang disebut dalam Perkhidmatan tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan diri, termasuk kematian, yang disebabkan oleh penggunaan atau penyalahgunaan anda dalam Perkhidmatan atau apa-apa maklumat yang diberikan melalui Perkhidmatan. Apa-apa tuntutan yang timbul berhubung dengan penggunaan anda dalam Perkhidmatan harus dikemukakan dalam masa satu (1) tahun dari tarikh peristiwa yang menimbulkan tindakan sedemikian berlaku. Remedi di bawah Terma ini adalah eksklusif dan terhad kepada yang diperuntukkan secara jelas dalam Terma ini. Pembatasan kerosakan yang dinyatakan di atas merupakan unsur asas tawar-menawar antara kami dengan anda.

Tanggung Rugi

Anda bersetuju untuk membela, menanggung rugi, dan memegang-lepas setiap daripada kami dan pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pemberi lesen, dan pembekal masing-masing, daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan atau permintaan, liabiliti dan penyelesaian termasuk tanpa batasan, yuran guaman dan perakaunan yang munasabah, yang timbul daripada, atau dikatakan disebabkan oleh, capaian atau penggunaan anda dalam Rangkaian Medscape, Perkhidmatan dan Kandungan Medscape atau pelanggaran anda terhadap Terma ini.

Notis dan Prosedur Penurunan serta Ejen Hak Cipta

Sekiranya anda percaya dengan suci hati bahawa apa-apa bahan dalam Rangkaian Medscape telah mencabuli hak cipta anda, anda boleh meminta penyingkiran bahan tersebut (atau capaian kepadanya) dengan menghubungi ejen hak cipta kami (dikenal pasti di bawah) dan memberikan maklumat berikut:

  1. Pengenalan karya berhak cipta yang anda percaya telah dicabuli. Sila huraikan karya tersebut, dan jika boleh, sertakan salinan atau lokasi (mis., URL) versi karya yang dibenarkan.
  2. Pengenalan bahan yang anda percaya telah mencabuli hak cipta dan lokasinya. Sila huraikan bahan tersebut, dan berikan URL bahan atau maklumat lain yang berkaitan yang membolehkan kami mencari bahan tersebut.
  3. Nama, alamat, nombor telefon dan (jika ada) alamat e-mel anda.
  4. Pernyataan bahawa anda mempunyai kepercayaan mutlak bahawa aduan penggunaan bahan tersebut tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang.
  5. Pernyataan bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, dan menunjukkan bahawa "di bawah hukuman sumpah bohong," anda ialah pemilik hak cipta atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta.
  6. Tandatangan atau kesetaraan elektronik daripada pemegang hak cipta atau wakil yang diberi kuasa.


Ejen kami bagi isu hak cipta yang berkaitan dengan laman web ini adalah seperti berikut:

WebMD LLC
Perhatian: Ejen Hak Cipta yang Ditetapkan
1201 Peachtree Street, NE
400 Colony Square, Suite 2100
Atlanta, Georgia 30361
copyright@webmd.net
Atau hubungi: 866-788-3097

Apa-apa pemberitahuan daripada pemilik hak cipta atau orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya yang tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas tidak akan dianggap sebagai pemberitahuan yang mencukupi dan tidak akan dianggap sebagai memberi kami pengetahuan yang sebenar tentang fakta atau keadaan yang bahan atau tindakan yang mencabuli hak cipta terbukti. Kami akan menamatkan akaun mana-mana pengguna yang kami anggap sebagai pelanggar berulang.

Pengubahsuaian

Kami berhak, mengikut budi bicara tunggal kami, untuk mengubah suai, menghentikan atau menamatkan apa-apa Perkhidmatan, Kandungan Medscape atau Terma ini, pada bila-bila masa dan tanpa notis awal. Sekiranya kami mengubah suai Terma ini secara material, kami akan memberikan notis mengenai pengubahsuaian sedemikian dalam Rangkaian Medscape. Dengan terus mencapai atau menggunakan Perkhidmatan selepas kami mengubah suai Terma ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma yang diubah suai. Sekiranya anda tidak dapat menerima Terma yang diubah suai, anda bersetuju untuk berhenti menggunakan Rangkaian Medscape dan Perkhidmatan dengan serta-merta.

Perjanjian Lengkap

Melainkan sebagaimana yang dinyatakan secara nyata dalam "notis undang-undang" tertentu di laman web, Terma ini (termasuk Dasar Privasi Rangkaian Medscape) membentuk keseluruhan perjanjian antara anda, WebMD dengan Medscape berkenaan dengan penggunaan anda (dan penggunaan sebelumnya) dalam Rangkaian Medscape dan Perkhidmatan yang berkaitan serta Kandungan Medscape.

Terma ini membentuk pemahaman dan perjanjian keseluruhan dan eksklusif antara WebMD, Medscape dengan anda mengenai Rangkaian Medscape serta Perkhidmatan dan Terma ini menggantikan mana-mana dan semua pemahaman atau perjanjian lisan atau bertulis sebelumnya antara WebMD, Medscape dengan anda mengenai Rangkaian Medscape dan Perkhidmatan.

Penyerahan Hak

Anda tidak boleh menyerahkan hak atau memindahkan Terma ini, dengan menggunakan undang-undang atau dalam apa cara sekalipun, tanpa persetujuan bertulis awal kami. Sebarang percubaan anda untuk menyerahkan hak atau memindahkan Terma ini, tanpa persetujuan sedemikian, akan terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. Kami boleh menyerahkan hak atau memindahkan Terma ini, mengikut budi bicara tunggal kami, tanpa sekatan. Tertakluk pada perkara yang disebutkan di atas, Terma ini akan mengikat dan memastikan manfaat kepada pihak-pihak, pengganti mereka dan pemegang serah hak yang dibenarkan. Selanjutnya, mana-mana daripada kami boleh menggunakan hak yang dihuraikan dalam Terma ini.

Notis

Apa-apa notis atau komunikasi lain yang dibenarkan atau diperlukan di bawah ini, termasuk yang berkenaan dengan pengubahsuaian material pada Terma ini, akan berbentuk bertulis dan diberikan: (i) oleh kami melalui e-mel (dalam setiap kes ke alamat e-mel yang disertakan dalam Maklumat Pendaftaran anda); atau (ii) dengan menyiarkan dalam Rangkaian Medscape. Bagi notis yang dibuat melalui e-mel, tarikh penerimaan akan dianggap sebagai tarikh notis sedemikian dihantar.

Tiada Pengecualian

Kegagalan kami untuk menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan Terma ini tidak akan membentuk pengecualian bagi penguatkuasaan hak atau peruntukan tersebut pada masa hadapan. Melainkan sebagaimana yang dinyatakan secara nyata dalam Terma ini, pelaksanaan apa-apa remedi oleh mana-mana pihak di bawah Terma ini tidak akan menjejaskan remedinya yang lain di bawah Terma ini atau dalam apa cara sekalipun.

Kelangsungan

Semua peruntukan dalam Terma ini akan bertahan setelah penamatan akaun Rangkaian Medscape anda kecuali lesen anda untuk mencapai dan menggunakan Perkhidmatan dan Kandungan Medscape.

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Perkhidmatan atau Terma ini, atau anda ingin memberikan maklum balas, sila hubungi kami di contactus@aptushealth.com. Dengan menyerahkan maklum balas dan cadangan, anda memberikan lesen yang tidak eksklusif, berkekalan, tidak boleh ditarik balik, dan bebas royalti terhadap apa-apa hak harta intelektual yang mungkin anda miliki dalam maklum balas dan cadangan anda kepada kami untuk digunakan dalam penambahbaikan Perkhidmatan.

Terakhir dikemas kini: 7 Mei 2020.